Idea penubuhan SMKPT telah dicetuskan oleh satu jawatankuasa bertindak yang terdiri daripada Ahli Parlimen Sungai Petani iaitu Allahyarham Tuan Hj Ibrahim bin Mustaffa dan wakil penduduk Mukim Pinang Tunggal.
Pembinaan sekolah telah dimulakan pada 01.01.1998 dan dijangka siap pada 31.12.2000. Bagaimanapun pihak kontraktor tidak dapat menyiapkan sekolah ini mengikut jadual. Oleh itu, pihak kementerian mengarahkan agar operasi SMKPT dimulakan pada 01.01.2001 dengan menumpang di SK Pinang Tunggal.
Pengambilan pelajar pertama berjumlah 180 orang ( 5 kelas Tingkatan 1 ) dengan 15 orang guru dan 7 orang kakitangan sokongan. Tuan Hj. Zakri bin Hj Talib dilantik sebagai Pengetua pertama, dibantu oleh Penolong Kanan Tuan Hj. Zakarial Ansar bin Hj Abd Jabar, Penolong Kanan HEM Tuan Hj Zulkifli bin Hj Abd Kadir dan Penolong Kanan Kokurikulum En Mohd Zahir bin Nasir.
Pada 22 September 2002, SMKPT diarahkan berpindah ke bangunan baru dengan jumlah pelajar seramai 324 orang, guru 27 orang dan staf sokongan seramai 7 orang.
Bangunan sekolah sendiri ini terletak kira-kira 10 km dari bandar Sungai Petani dan berdekatan dengan Lebuhraya Utara-Selatan. Sekolah yang lengkap dengan semua kemudahan pengajaran dan pembelajaran seperti makmal sains, pusat sumber, bilik guru, dewan terbuka, bilik gerakan dan makmal komputer ternyata daapat memberi keselesaan kepada semua warga SMKPT.
Antara kejayaan cemerlang sekolah ini yang pernah dicapai ialah :
1. Berada dalam senarai 10 sekolah terbaik PMR KMY pada tahun 2003
2. Dalam bidang kokurikulum, pasukan olahraga sekolah ini berjaya menduduki tempat ke 9 daripada 39 buah sekolah KMY, menjadi pasukan terbaik olahraga perempuan bawah 15 tahun pada tahun 2003
3. Pasukan Sofbol Perempuan bawah 15 tahun menjadi Johan KMY dan 4 orang pemainnya terpilih mewakili negeri Kedah dan 7 orang mewakili Daerah pada tahun 2006.
Pada tahun 2007, jumlah pelajar SMKPT ialah seramai 1016 orang, bilangan guru berjumlah 51 orang, dan staf sokongan 9 orang. Pengurusan sekolah diterajui oleh Pengetua En Azizi bin Hashim, Penolong Kanan Tuan Hj Adenan bin Husin, Penolong Kanan HEM Hjh. Nazarah bt Mansor dan Penolong Kanan Kokurikulum Pn Hjh. Mariah bt Hamid.
Barisan Pengetua yang pernah berkhidmat di sekolah ini sejak mula ditubuhkan hingga kini ialah :
1. Tuan Hj. Zakri bin Hj. Talib ( 01.01.2001 hingga 28.08.2005 )
2. En Azizi bin Hashim ( 01.09.2005 hingga 03.11.2007 )
3. Pn Ishah bt Saidin ( 01.12.2007 hingga kini )